Gandakan Pendapatan dengan Hasil Refinance

Assalamualaikum...

Agak sukar perjalanan hidup aku dua tiga menjak ni.. Allah menguji.. bergaduh dengan manusia meletakkan kesalahan diri sendiri ke atas orang lain.. adalah sukar untuk aku terima..

Semua yang ada sekarang adalah bukti bahawa aku mampu berdiri dengan kaki aku sendiri. Projek besar mana pun kalau pengurusan kewangan tak bagus.. boleh hancur company.. Dan tolong hargai usaha dan pemikiran aku. Pelik2 bila sanggup dengar cakap orang lain yang belum tentu lurus niat nye.. Sebenarnya aku sedikit pun tak rugi atas apa yang berlaku.. tidak menjejas kan apa2.. Allah Ciptakan dan Luaskan pandangan dengan peluang di depan mata.. aku hanya ambil dan buat sebaik mungkin.. aku hampir boleh tutup mata dengan rapat kalau dua tiga hari ni aku pergi.. cuma amal baik masih belum cukup untuk aku mengadap yang ESA.. Anak2 dah terjamin masa depannya.. kalau betul orang yang aku amanahkan uruskan hartanah yang aku tinggalkan.. DEMI Allah.. tak sedikit pun aku fikir untuk aku.. atas semua yang aku kumpul.. ini untuk mereka2 permata dan jantung hati aku..


Tak mo lah cerita yang tak best pun tuh.. ok.. berbalik kepada topik asal..

Kajian yang dibuat, harga rumah tak mungkin akan turun.. kat malaysia ni.. hujan je yang turun.. barang.. minyak.. gula.. garam.. semua naik.. Apsal lah tak de langsung cara yang lebih baik dari menyusahkan orang.. agaknya mmg suka kot.. tengok orang susah.. 

Apa advantage nye kalau harga meningkat macam ni.. orang yang dah ada rumah.. boleh refinance rumah semula.. dan dapat cash out.. 

Yang tak beli rumah lagi, cepat2 beli rumah.. nanti lagi 3 tahun boleh refinance..

Perbandingan Harga Rumah di Malaysia (Kuala Lumpur VS Selangor Vs Penang)
  1. Nilai hartanah kediaman di Selangor meningkat 19.91% kepada RM405,895 (tahun 2013) berbanding RM338,508 (tahun 2012)
  2. Nilai hartanah kediaman di Kuala Lumpur meningkat 37.66% kepada RM673,249 (tahun 2013) berbanding RM489,052 (tahun 2012)
  3. Nilai hartanah kediaman di Pulau Pinang meningkat 31.45% kepada RM400,738 (tahun 2013) berbanding RM304,858 (tahun 2012)
Dalam kes aku.. rumah pertama aku dan en suami kuarkan EPF setiap 3 tahun.. dan bayar lump sum ke MBSB.. dan setiap bulan aku tak pernah miss bayar macam biasa.. ambil masa kurang 8 tahun aku dapat lunaskan hutang rumah pertama.. 

Sekarang aku remortgage pada harga semasa :

Remortgage Rumah Pertama
Harga Belian 2006   -  64,000 
Harga Semasa 2014   - 190,000
Remortgage   2014   - 170,000 (90% loan shj)

dari cash remortgage ni Aku beli :

1)rumah cash    =    71,000

2)Deposit Rumah =    45,000 (3 biji.. masuk loan serentak.. jadi pinjaman 90%) 

3)Legal fees / renovation / = 15,000 + duit simpanan yang ada..

Dari Remortgage ni aku dapat 4 biji rumah

Hutang remortgage aku    : 680.00 + 40.00 = 720.00 

Pendapatan aku :  Rental    Installment+Maintenance  ash Income
1) Rumah cash   -   950.00           25.00                925.00
2) Rumah kedua  -   500.00          245.00                280.00
3) Rumah ketiga -   900.00          680.00                220.00
4) Rumah Keempat-   900.00          920.00                -20.00
5) Rumah Remortgage-  900.00          720.00                180.00
                           Total Income per month (RM) 1,560.00

Boleh nampak tak.. sebenarnya aku pakai duit bank untuk buat duit balik.. aku ada pasif income tiap bulan..

REFINANCE RUMAH YANG KEDUA
Harga Belian 2008   - 250,000 
Harga Semasa 2014   - 560,000
Refinance    2014   - 398,000 - 123,000 (hutang loan lama)
Cash Out            - 269,000 

dari cash refinance ni Aku beli :

7)Beli Rumah cash    =    91,000 (belum bayar - tunggu loan)
8)Beli Rumah Cash    =   118,000 (belum bayar - tunggu loan)

Deposit Rumah        =    60,000 (2 biji..70% loan) 

3)Legal fees / renovation / = duit simpanan yang ada..

Dari Refinance ni aku dapat 4 biji rumah

Hutang refinance aku    : 1,800.00 (flexiloan) Gaji dan pendapatan semua dump dalam akaun ni

Pendapatan aku :    Rental     Installment+Maintenance   Cash Income
7) Rumah cash   -   950.00                                950.00
8) Rumah Cash   -   950.00                                950.00
9) Rumah ke 9   -   900.00         500.00                 400.00
10)Rumah ke 10  -   900.00         500.00                 400.00
Rumah Refinance -                 1800.00               -1800.00
(rumah ni aku duduk tak de rental) Total Income per month (RM)   900.00


Korang nampak tak apa yang cuba aku tunjuk.. haha.. pening eh.. tak pe.. janji korang nampak total income per month tu positif.. maksudnya aku duduk free je.. orang lain yang bayar hutang.. ini namanya pelaburan hartanah.. 

Aku akan ulang proses yang sama untuk gandakan pendapatan aku.. itu aku belum cerita tentang remortgage ikut market value.. kang korang lagi pening.. yang ni aku buat untuk dapat gaji setahun.. hehehe.. Lenkali kita citer lah eh.. 


Malam dah ni.. tido2.. aku dah tunaikan janji aku.. mungkin ada salah calculation.. korang kira lah sendiri.. mcm tu je aku kira.. tak yah la serabut sangat.. korang tunggu je duit tiap bulan lagi faedah..

Hanya saya bukan dia
Shariza....

Comments

Salam...perkongsian yg cukup hebat...share ilmu rezeki mu akan di perluaskan lagi...Amin.
Salam...perkongsian yg cukup hebat...share ilmu rezeki mu akan di perluaskan lagi...Amin.
Serry said…
Waalaikumusalam.. terima kasih.. aminn...
Unknown said…
PELUANG LAIN LAGI, APAKAH ANDA BISNIS MAN / WOMAN, A PEKERJA DI ORGANISASI, Wiraswasta? Membutuhkan pinjaman pribadi untuk bisnis tanpa stres, Jika demikian, hubungi kami hari ini, kami menawarkan pinjaman pada tingkat bunga rendah dari 2%, Anda dapat melanjutkan tahun ini dengan senyum di wajah Anda, keselamatan, kebahagiaan pelanggan kami adalah kekuatan kita . Jika Anda tertarik, mengisi formulir aplikasi pinjaman di bawah ini:
Informasi Peminjam:

Nama lengkap: _______________
Negara: __________________
Sex: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: _______
Durasi Pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nomor ponsel: ________

Untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami sekarang melalui email: mariasednerloanfirm@gmail.com

Popular Posts