Cara Mudah check Market Value Rumah


Assalamualaikum..

Bila beli Rumah Lelong, perkara wajib adalah tahu berapa market Value. Ini akan dapat mengawal dari membida melebihi harga pasaran. Perasaan adalah sangat tidak indah bila menang dengan harga mahal. Dah Mr.Pelangi saya nak sangat.. layan kan je lah.

Sampai bila nak bergantung dengan banker, larat ke nak tanya agent.. walaupun kawan kita. Valuer sesekali tolong lah. Kalau dah hari2... muak orang tu nak layan. Sifat saya tak suka susahkan orang. Saya cara utk kurangkan risiko. Tapi setakat ini tidak jauh beza.

1) aMelanggan website http://www.brickz.my/ 

Maklumat penuh boleh dicapai dengan mudah dan lebih tepat. Ambillah Harga yang terkini. Yang sama size dan Jenisnya.

kelemahan : maklumat adalah terhad. Tiada maklumat bagi negeri2 lain.

Mungkin suatu hari nanti penilaian hartanah semua negeri akan direkodkan oleh website ini.. jadi kita tak yah susah cari dan bertanya sampai orang malas nak tengok kita...

2) Boleh bandingkan harga di http://www.mudah.my , http://www.iproperty.com.my , http://www.propwall.my 

- perlu ingat harga adalah asking price bukan Market Value. Saya akan tolak 20% hingga 40% dari harga yang diminta.

kelemahan : orang persendirian kadang2 tidak tahu harga hartanah mereka. Meletakkan harga sama dengan property baru adalah sangat tidak tepat. - jadi saya ambil kira dari agent yang berdaftar. (call tanya agent pun boleh jugak)..







3)Tambah Harga Rizab Lelong

Lelong lazimnya 20% - 30% bawah market value. Saya tambahlah harga rumah untuk dapatkan harga semasa, cari lah yang sekufu, jangan lah samakan harga sebuah condominium dengan harga flat. 

kelemahan : Ada bank yang ikut hutang yang perlu dilangsaikan. Kadang2 terlalu rendah, kadang2 terlalu tinggi dan hampir sama dengan harga semasa. Perlu ambil purata. Jangan hanya bergantung kepada satu harga.

4)Harga projek perumahan baru

Yang ini ikut suka hati akak je.. haha.. Logiknya rumah undercons dibayar ikut peringkat. Mungkin 2 tahun. atau 3 tahun. Jadi harganya akan lebih tinggi. Tolak sahaja harga rumah baru kepada 30%. Macam biasa cari lah yang sekufu. Enggang sama enggang pipit sama pipit. Ikut kategori masing2..

Dalam banyak2 cara, saya selesa guna Brickz utk Lembah Klang dan menambah harga rizab lelong utk di luar kawasan KL Selangor. 

Larat ke nak tanya orang setiap kali masuk lelong. Dah lah selalu called off. Dalam lelong perlu cepat dan peka. Terhegeh2 cari maklumat, teragak2, memang tertinggal keretapi. Keberanian kena ada. cari agent yang membantu sehingga loan anda lulus.. bukan yang lepas tangan. Saya sentiasa akan beri peringatan tentang CCRIS,DSR dan risiko yang perlu ditanggung. 

Ok lah.. sampai sini dulu.. Yang baik ambil. Yang buruk dan tak betul tinggalkan.

Cuma Saya
Shariza



Comments

Popular Posts