REFINANCE RUMAH MAKAN MASA 10 BULAN

PROSES REFINANCE RUMAH

1) lepas loan dah approved, kita akan sign offer letter (LO)biasanya bank akan appoint lawyer yg mereka dah lantik.Kita tak bole suka2 hati lantik lawyer sendiri.. kecuali lawyer tu mmg panel bank.

2) lawyer akan minta surat tu dari pemaju. kebiasaannya ambik masa ke 2 minggu - 1 bulan utk kuarkan surat confirmation tu. Surat akan bergantung pada pemaju, utk push diorg, lawyer kene call diorg selalu. kdg2 tu ada yang lawyer kacau selalu utk dapatkan confirmation cepat, tapi still lambat jugak. (yang ni pun lawyer amik masa yang lama.. sebab pertukaran person incharge)

3) Lawyer akan mintak confirmation (surat kebenaran) dari bank lama.. yang ni pun makan bulan.. ape yang susah sangat pun tak tahu.. (sy ambil refinance di bank yang sama.. tu yg rasa tak patut tu..)alasan hantar salah branch.. bila tanya kat mana dia hantar.. dia sendiri tak tau.. nampak sangat pembongak eh..

4) Bank akan upah valuer.. valuer akan buat report dan nilai hartanah kita berbanding dengan kes yg sebelum.. yang ni cepat2 lah bayar.. kalau tak tak jalan..

5) mintak consent dari pejabat tanah. nak minta consent dari pejabat tanah, surat kebenaran dari bank lama diperlukan sebagai satu dokumen wajib (kalau masih belum habis bayar). jadi before mintak consent, lawyer kene minta surat tu dulu dari bank lama. yg ini amik masa 2 minggu. lepas dpt surat tu, barulah apply consent. selalunya pejabat tanah nak kuarkan consent amik masa 2 minggu jugak. bergantung kepada pejabat tanah. (Kami buat dalam masa sehari je.. Pejabat Tanah Daerah Petaling belakang rumah je pun..)


6) Lepas tu kena batal pulak loan yang lama tuh.. request lagi sekali dengan bank. Redemption statement pun boleh dapat dalam waktu yang lebih kurang sama (dalam masa lebih kurang 2-3 minggu). selepas dpt semua dokumen tu, lawyer SNP kene forward pada lawyer bank, supaya lawyer bank boleh advise bank untuk kuarkan duit redeem.

7) Dah tu duit redeem keluar (dalam masa 3 minggu), proses masih belum selesai. duit tu akan diforwardkan pada loan baru. bank baru(yg offer loan)kemudiannya akan keluarkan semua original dokumen dan satu lagi dokumen yg dinamakan deed of receipt and reassignment. dokumen ni perlu di daftarkan di mahkamah. kalau KL amik sehari jer tapi kalau shah alam lebih kurang 1 minggu. bila dah register, semua dokumen asal dan dead of receipt dan reassignment tadi akan difowardkan pada lawyer bank. pas tu, lawyer bank akan advise bank utk keluarkan baki harga belian. biasanya amik masa 3 minggu untuk keluarkan duit.


Memang mencabar kesabaran aku betul yang ni.. rasa nak marah.. rasa ape ntah.. sebab terlalu lama.. bank yang sama.. bukan bank lain.. last sekali saya call tiap hari utk follow up progress.. mcm2 soalan akan keluar kalau tarikh document tak dihantar sedangkan bank dah serah document 2 minggu lepas.. saya start monitor serapat yang boleh bila loan lama dah redeem tapi 2 bulan masih belum buat disbursement.. saya suruh diorang bagi saya solid date untuk diorang selesaikan.. jangan takut untuk mintak hak kita.. sebab charges dia kita dah bayar.. kita berhak dapat services diorang.. 

Dan akhirnya 3hb Oct 2014... cash disburse.. setelah 10 bulan menanti.. grrrr..   

Mungkin banyak yg aku tertinggal.. tapi secara basicnya proses dijalankan macam kat atas tu lah.. ini semua kena rajin dan tahu sedikit tentang proses yg lawyer kita buat. Jangan malu untuk bertanya dan tulis setiap kali jumpa lawyer. Saya suka kutip ilmu dari orang2 yg sy jumpa. Korang kalau jumpa aku.. tengok aku diam dan senyum2.. maksudnye.. aku tengah absorb elmu2 lah tuh.. hahaha..

Lepas ni.. aku share macam mana korang boleh dapat free je rumah yang korang duduk.. hasil dari refinance ni.. ini pandangan dua puluh sen aku.. jangan amik bulat2.. aku jenis mudahkan benda.. tak suka kira2 complected.. bikin orang pusing...

Itu sahaja.. aku taip menda ni.. dari pukul 1.30 pagi tadi.. sekarang baru siap.. hehe..

wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

hanya saya
shariza 

Comments

Popular Posts