Rumah Lelong - Misi mencari rumah bertanah (Landed Property)
Assalamualaikum..
Hari ni memang sangat kelam kabut.. masuk office bayar hutang piutang office, bayar gaji.. kira claims.. kerja normal bila sampai hujung bulan..
Nak jadikan cerita.. cek yang aku tulis salah date.. 29/9/2014.. cek tak valid.. hadoii... kena korek duit mana yang ada untuk buat bank draft baru. Dengan flexi current akaun tempat aku kumpul duit kurangkan hutang rumah hanya boleh keluar pakai buku cek.. buku cek pulak baru apply kemarin.. dengan gaji tak masuk lagi.. rasa nak gugur jantung.. nasib baik lah ada.. kalau tak terlepas peluang nak beli rumah isnin ni di mahkamah.. aku nak sangat rumah ni.. sebab aku dah ada unit kat situ.. Market value 360k.. sesuatu yang sangat awesome.. tiga kali WOW!!!
Nasib baik sempat.. huhu.. |
Betapa susah nya nak dapatkan rumah yang bertanah kat selangor ni dengan harga yang di bawah 200k.. semalam aku dengan rela hati melepaskan hak bidding aku dan 2 orang bidder lagi kat seorang ustaz yang baru pindah ke Shah Alam.. sebenarnya budget aku 180k.. dia tahu aku investor.. tapi kadang2 kena dahulu kan mereka yang lebih memerlukan.. ibadah aku yang tak seberapa sebenarnya.. dan akhirnya dia menang dengan harga RM130,000 untuk double storey di sek 19 shah alam.. kadar sewa yang boleh cecah RM1,000.00. Sungguh murah.. rezeki dia lah tu.. Ucapan terima kasihnya bertalu2.. aku gembira boleh ringan kan beban orang yang baru nak bina rumahtangga.. aku dah rasa susah senang hidup di tempat orang..
Seperti yang aku janji sebelum ni.. aku akan bagi website yang korang boleh beli belah rumah lelong dengan free tak payah bayar subscription fees. Korang tengok lah tiap hari.. diorang akan update tiap hari.. ingat harga yang reserved tu harga mula ye.. kena bid dengan orang lain. sapa yang lebih tinggi dia yang menang.. kat website yang aku bagi ni.. korang boleh dapatkan Proclamation Of Sales yang di keluarkan oleh mahkamah dengan percuma tak perlu beli.. kalau nak mintak nasihat atau nak mintak teman kan bole.. tapi kena bagi duit minyak dgn duit kopi lah eh.. haha.. setakat ni kami (En Suami) mintak upah 200.00 untuk tunjuk ajar di tempat lelong.. kos ni termasuk minyak, masa dan upah org jaga anak.. hehe.. boleh terima kann..
Korang boleh riki2 kat website Auctioneer yg aku senaraikan ni.. sebenarnya ada banyak.. tapi yang ni.. Website aktif dan pelelong paling besar di Malaysia..
Memang ada yang berbayar dan senarai complete, tapi kalau korang nak jadi investor berbaloi la nak subscript.. kalau sekadar nak tengok2.. korang bukak aje yang free ni..
Tu je lah kot.. aku dah tunaikan janji.. Moga ini beri manafaat yeahhh..
Cuma Aku bukan kamu..
Shariza
Comments