Menang Lelong tapi hati sakit.. Kenapa beli Rumah Lelong Low Cost

Assalamualaikum...

Hari yang penat.. haha ngengada lebih.. Menguruskan Training Human Factor yang Mandatory Course sebelum report duty di Aircraft Maintenance Hanger. Tapi Kerja ramai2.. tak de lah terasa sangat.. mungkin tiap sabtu ahad cuti.. tu yang mengade2 tuh..

Instructor yang tahap professor

Team urusetia yang tak berapa setia

Painter yang menganggur sebab belum masuk Training

Berbalik cerita lelong kita.. Hari ni menang satu unit di Subang Perdana dengan harga yang tinggi.. terasa perit bila dengar RM118,000 untuk flat 650 sqft je.. Low Cost lagi tu.. sebab subang perdana tempat aku.. jadi aku tak berkira denga harga, dan location yang bagus, rumah corner lot (koridor kita punya).. 5 minit jalan kaki ke sekolah, jalan kaki ke bank, jadi aku kena pejam kan mata. Bila aku pikir, seksyen 7 dan kota damansara lagi mahal dari subang sedangkan rating sewa lebih kurang je. 

Macam yang pernah aku janji dulu, 10 rumah pada pertama kebanyakkannya adalah rumah low cost.. Pada pemikiran cetek aku ni.. ada beberapa sebab

KENAPA RUMAH LOW COST
1) Sudah pasti pasal harga rumah low cost tu lagi murah. Paling murah rumah aku (55k - 118k)
- semua rumah low cost ni ada cash income, maksudnya lepas bayar installment, ada lebihan lagi. Pasif Income yang best.

2) Harga Low Cost sentiasa meningkat, sape kata harga statik.. cuba tengok betul2.. rumah di Seksyen 7 Shah Alam, Kota Damansara, Ampang, Subang Jaya.. dan kawasan hot yang lain.. Low Cost pun dah 180k.. Paling tenat di Mutiara Damansara Low Cost 280k.. Hamboiii.. mentang2 depan The Curve.. harga tak beragak langsung..

3) Dah Tak ade pembinaan Rumah LOW Cost.. Tanah Sekarang dah mahal, siapa yang baik hati sangat nak buat rumah low cost.. kalau ada pun mungkin berpuluh2 tingkat untuk cover harga tanah yang mahal tuh. Worldwide dah berkali2 nak buat medium Cost Apartment tergendala sebab harga tidak diluluskan oleh Pihak berkuasa Selangor (Majlis Perancangan perumahan). Itu Medium Cost.. rasa2nya ada tak kerajaan sekarang nak buat rumah2 low cost untuk rakyat dia. Rasanya jauh sangat.. bukan benci kerajaan.. reality yang kita hadapi sekarang tak mungkin.. kalau ada pun.. nun kat hujung celah banir nun.. tempat jin bertendang.. kadang2 rasa macam pengkelasan zaman penjajahan plak.. Melayu tempat kita disebelah hutan.. hurmmmmm.. 

4) Aku letakkan diri aku di tempat penyewa, aku pernah susah, pernah terhimpit dengan hidup, pernah menyewa rumah orang, sebelum ada rumah sendiri. Rumah pertama yang aku sewa adalah rumah atas sekali sebab murah. Masa tu aku mengandung, panjat lah tinggi2 tu.. walaupun rasa nak merangkak naik atas. Kalau mula2 kawin dah sewa rumah beribu2 sebulan.. bila lah nak kumpul duit nak beli rumah sendiri. Jadi pada aku sesiapa yang rasa geli nak duduk rumah low cost ni... sedangkan saving untuk beli rumah sendiri tak ade... adalah poyooooo... (kecuali korang anak org senang.. dan ada saving yang banyak)

5) Rumah Low Cost dulu.. ada 3 bilik.. 650 sqft. Kira besar berbanding rumah yang dijual sekarang.. goram lak aku tengok rumah besar tungau nieh.. satu bilik.. satu bilik air.. 550 sqft.. mengarut betul.. 1990-an dulu.. perancangan perumahan duk galak pemaju buat rumah 3 bilik.. untuk elak sumbang mahram lah.. untuk keselesaan lah.. tak de lah anak dara duduk tido kat luar.. Trend rumah besar tungau ni.. tak sihat bagi aku.. pada aku yeee.. aku tak berniat untuk kecik kan hati sesiapa.. ini pendapat.. dan pemikiran aku..   


6) Rumah Low Cost lebih dari satu hanya boleh kita beli di lelongan awam. Beli sub sale mmg tak akan lulus permohonan tukar nama. Jadi.. Investor macam kami memang tunggu2 rumah low cost yang location best. Kota Damansara asyik lah call off.. tak pelah belum rezeki.. 

Penat lah.. nak tido dulu.. Ramai yang pm nak tanya proses beli rumah.. saya sentiasa beri pendapat ikhlas saya.. tapi mungkin cara hidup kita berbeza.. jadi pendapat kita kadang2 tak satu arah.. tapi bagi saya tiada betul dan tiada salah.. pegang pada apa yang kita percaya.. 

Pesan saya.. Usahakan beli rumah pada usia yang awal.. paling lewat pun umur 28 tahun.. jangan fikir terlalu lama.. ini tanah kita.. berjuanglah..


Sekian.. 

shariza

Comments

Adikchiek said…
Harga rumah lelong pun dah mahal sangat sekarang nie ...sedih nye...

Popular Posts