Saya Pelabur Cikai ke?

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk menulis tentang taraf saya sebagai pelabur. Saya pelabur seperti apa. Taraf saya di mana. Ada sistem Kasta ke dalam pelaburan?..

Saya kadang2 tak mahu memikir semua ni. Untuk pengetahuan, pandangan orang terhadap saya adalah sama sekali tidak penting. Kalau saya mementingkan pandangan manusia terhadap diri saya, saya tak kan senang hati. Suara2 sumbang.. tak melemahkan saya. Saya tambah kuat sebab saya ingin buktikan. Bahawa pelabur "LONE Ranger" macam saya masih berpeluang untuk capai impian. Melayu yang tak lepas dari kroni2. Pening lah..

Ilmu saya hanya lah senipis kulit bawang. Sebesar biji anggur.Namun ianya tidak menghalang saya untuk kongsikan pengalaman pelaburan saya kepada mereka2 yang seperti saya. Berapa kerat orang kita yang jadi Doktor, Lawyer,Jurutera, Akauntan dan seantero dengannya. Boleh dibilang dengan jari, selebihnya adalah kita orang kebanyakan yang bertungkus lumus mencari rezeki. Golongan sasaran saya adalah mereka yang seperti saya. Pernah hidup susah. Pernah Jadi KULI. Dihina sebab tiada apa2. Atas dasar itu lah saya mengambil tangung jawab memberikan kesedaran bahawasanya tiada yang mustahil. Biarlah saya orang biasa2 memberi ilmu kepada manusia yang biasa jadi luar biasa.

Orang biasa kena bekerja secara berperingkat. Paling utama adalah kawal emosi. Tapis pandangan dan pendapat. Angan2 perlu selaras dengan kemampuan. Jangan rasa rendah diri. Saya juga seperti anda. Masih rasa rendah diri. Tapi tak perlu sampai makan diri sendiri. Kita manusia ada kurang dan lebih. Kelebihan itu yang perlu ditonjolkan. Kekurangan adalah ujian.


Cara saya Atasi Halangan Beli rumah

Susun Portfolio Kewangan

1) Cantikkanlah Penyata Gaji
- bekerja lah lebih masa selama mungkin selama 6 bulan. Pihak bank akan mengambil kira 100% di dalam penyata gaji sebagai pendapatan. Berbahagialah Slip Gaji sangat mudah dapat loan berbanding mereka yang berniaga sendiri.
- Jangan risau cukai pendapatan dalam payslip. Ini bukti bahawa kita mampu meminjam sebab kita dicukai atas pendapatan kita, Hujung tahun boleh claim balik. Banyak rebet yang boleh dapat.
- Dalam slip Gaji perlu ada potongan KWSP. Penyata KWSP adalah document penting yang menyokong pendapatan yang kita terima.
- Biarlah Penyata Gaji kita bebas dari apa2 potongan. Senang hati pihak bank tengok gaji kita bersih dari potongan. Sabar lah sedikit. 

2) Tambah pendapatan
- Buat lah kerja sambilan, Buka syarikat enterprise modalnya cuma 70.00
- Buka akaun semasa bagi syarikat yang kita daftarkan. Masukkan pendapatan tambahan yang kita terima dalam akaun syarikat tadi. Hanya 20% - 40% sahaja baki dalam akaun syarikat kita tadi. Jadi pandai2 lah manipulate
- atau boleh juga kerja sambilan yang ada slip gaji. Ini lebih mudah dan dapat dikira 100% pendapatan. Masukkan pendapatan tadi dalam bank. Jangan ambil cash. Penyata bank sebagai bukti.

3) Penyata Hutang Bank Negara (CCRIS Statement)
- berusahalah untuk membayar lebih setiap bulan. Walaupun 20.00 lebih. Ianya akan mengurangkan tempoh pinjaman anda.
- sekiranya ada tertunggak 2 @ 3.. usahakan buat bayaran penuh. atau baiki selama beberapa bulan untuk hilangkan dari statement tersebut.
- Hutang yang kecil boleh dipadam terus dari statement. Contohnya hutang kad kredit. Buat bayaran penuh dan Tamatkan kad kredit. Dalam tempoh sebulan semua rekod hutang kad kredit tersebut akan terpadam.
- Ambil perhatian terhadap Rekod Kesihatan kewangan kita ini seperti kita risaukan "Report Card" anak2 kita. Kita bertanggung jawab untuk baikinya. Menambah baik. Jangan biarkan rekod kita bermasalah. Pinjaman pelajaran anak2 kita bergantung kepada rekod ccris kita ni.

4) Masalah deposit
Cari rumah yang "0" down payment 
- Jadi early bird dalam satu2 project. Saya antara orang terawal booking di Seri Pristana. Untuk tarik pembeli developer akan buat pelbagai tawaran. Ambil peluang. Saya hanya perlu bayar RM100 booking fees. Itu shj. Dan saya boleh apply loan. Tapi saya memilih untuk melabur di Subang. Waktu itu harga rumah di Seri Pristana 190k. Sekarang Market Value sudah 450k. Itu belum ambil kira Hospital UITM dah buka jalan di pintu masuk Seri Pristana. 

Cari Subsale yang boleh mark up loan
- Ada ke lagi yang jual bawah harga pasaran?.. ada dan perlu dicari. Saya baru dapat Di Bandar Enstek harga jualan 290k. Harga Pasaran 350k. Lebihan 60k. 35k untuk 10% Deposit. Dan 25k lagi lebihan cash dalam tangan. (Dalam kes saya, saya perlu bayar 30% - 40% deposit sebab ini rumah yang ke 13)

Pengeluaran KWSP akaun 2.
- Boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 2. Suami dan isteri. Lebihan mungkin boleh beli rumah yang lain.  
- Belian subsale atau Undercons boleh byr booking kemudian dapatkan offer letter bank. Seterusnya hanya perlu 3 hari untuk pengeluaran KWSP. Sangat2 mudah.

Ada 1001 cara yang ingin saya tulis, tapi saya perlu berhati-hati. saya sudah terbiasa dengan mengurus company. walaupun kecil tapi semua kerja pernah saya buat. Bagaimana nak set akaun untuk nampak cantik. Macam mana untuk mengelakkan cukai. Apa document yang perlu bagi kukuhkan keyakinan pegawai bank. Untuk ilmu saya suka ambil dari mereka yang Hands On. Mereka lebih faham dan tahu kelemahan sistem. Dan boleh ambil kesempatan atas kelemahan tu.

Setakat ini dulu.

Saya yang benar

Shariza Abd Latif






Comments

Popular Posts