Jangan suka Label Rezeki orang haram



"Saya belajar, saya takut. Hutang ni bawa ke mati. Dan ianya adalah riba, saya hanya mengingatkan, kalau awak dengar awak akan takut, jangan fikir cari dunia sahaja, takut2 esok mati tak sempat bertaubat" 

Kali kedua

"Jangan ingat dunia sahaja, perlu seimbang dengan Akhirat"

Hanya dua kali itu sahaja wanita ni menyampuk dalam perbualan kami. Saya dah tawar hati. Suka hati korang lah. Tak mahu belajar,sudah..

Jangan cepat menghukum, tak kan lah saya nak bagi tahu semua orang tentang amal ibadat saya. Sedekah saya. Redha saya. kang ko kaba an, ni riak lak.. poning akak camni dik.

Jangan terus merasakan rezeki kita sorang halal. Orang lain punya rezeki haram. Saya anggap pinjaman saya di bank sebagai Pinjaman perniagaan. 

Kalau kerja swasta, company yang awak keje pinjam duit dari bank dan bayar interest bank untuk rolling business awak rasa diri awak menerima rezeki halal atas kerja yang awak buat halal. Tak de pulak awak rasa was was dengan sumber rezki awak.

Kalau awak kerja kerajaan, GST segala mak nenek cukai kerajaan kenakan dan pinjaman dari bank dunia dengan membayar interest untuk tampung keperluaan negara termasuk gaji kakitangan kerajaan, tak nak pertikai ke? halal ke haram masuk dalam perut ni.. redho tak orang bayar cukai2 tu semua..

Hartanah adalah perniagaan saya. Jangan kerana kita tak mampu nak buat kita label orang lain pengamal riba. Saya tak biasa dapat perempuan yang bermulut lepas seperti itu. Adik beradik, kawan kawan pejabat, kawan sekolah semuanya bercakap baik2, dan sentiasa berbaik sangka dengan saya. Saya dengan lelaki agak kasar. Tapi dengan perempuan saya takut. Takut menguris hati.

Meh sini akk nak cerita kat telinga awak, akk berangan2 nak ada satu homestay berhampiran Hospital Sg Buloh. Untuk akk jadi kan wakaf. Sesiapa ada family yang sakit boleh duduk situ free atau bayar ikut ikhlas hati dan kemampuan.

Akak teringin nak tambah dana akk sumbang kat masjid kariah setiap minggu, sebab belakang rumah akk ni ada asnaf. bila diorang tak makan dia akan mintak dengan masjid duit susu dan beras anak. Saya teringin nak usahakan sesuatu.

Hasil sewa dan jual rumah nilah saya tolong adik saya beli rumah, tolong mak mentua saya, tolong sesiapa yang susah dalam family saya. boleh tanya dengan family terdekat saya.

Siapa yang kenal saya akan tahu siapa saya. Saya kalau tak ingat akhirat saya nikmati apa yang saya ada sekarang, dah cukup duit saya nak berbelanja mewah. Saya nak bermanafaat pada yang lain. itu impian hidup saya.


Kesian lah dengan saya

Shariza je..



Comments

Popular Posts