Beli Rumah Murah dan DIY sampai cantik

Ceritera Hartanah

Assalamualaikum.... lama dah tak menulis. Sibuk dengan anak2 dan juga rumah2 yang belum selesai. Perancangan saya fasa yang pertama dah selesai.. terlebih 2 pulak.. (buka link kat bawah utk yang baru ikuti perjalanan saya melakar impian)


Diam tak diam Rumah saya dah 12. Saya paksa diri untuk jual 2 biji rumah. Saya dah fikir masak2. Saya tak mahu tersekat setempat. Dalam pada itu saya beli subsale rumah di Bandar Enstek. Bawah Market value. Gile tamak.. hahaha

Saya dah mula ikut jejak penunggu rumah. Sewa rumah per bilik atau per head. Seronok rupanya. Sebab ruang tamu masih hak kita. Suka hati bila kita nak gi spotcheck.Rumah di Kota Damansara dah siap dan dah disewakan. Mencari penyewa pun mudah. 

Saya tak berbelanja besar. Semua barang2 rumah yang mahal2 seperti TV Peti sejuk. Mesin Basuh. Kabinet. Waima Tong Gas dan Dapur pun beli second Hand. Beli dengan owner. Lebih murah dan biasanya berkualiti. Barang tak pernah rosak shj yang saya akan beli. Yang pernah repair saya kena pikir 2 kali. Mesti ada sebab owner nak jual.







Ada 8 lagi rumah saya nak kerja kan... patah tulang belulang.. tapi ini masa depan. Kerja kuat sementara masih larat.

Itu shj dulu.. idea kurang.. dan tak de perasaan nak taip.. sayangnya rumah2 yang nak dijual tu.. huhu...


Siapa yang nak khidmat agent lelong. Call abang yang sado kat perut ni.. Dia dah jadi REN yang berdaftar. Dan akan sambung pengajian di INSPEN bulan Januari Nanti. Ke arah khidmat yang lebih kualiti. 



Saya yang benar

shariza


Comments

Popular Posts