Allah Jagakan dia untuk ku..

Insan yang tercinta

Bila gambar ni up di wall saya, hati saya pedih. Walaupun saya redha, jauh disudut hati saya, saya simpan rindu yang terlalu. Tabah lah hati. 

Dia mungkin tak sempurna. Tapi dia nyawa saya. Dia kekuatan saya. Untuk saya lupakan dia amat sukar, tiap hari saya pujuk hati, dia pergi berehat. Dia berada tempat yang lebih indah. Sebagai cucu saya hanya perlu iringi doa untuk dia.

Hidup dalam keluarga yang terpecah 2 adalah sangat sukar, tapi kami berada dalam tangan yang baik. Telinga saya disumbat dengan pelbagai nasihat. Kadang-kadang saya melawan juga bila semua yang saya buat tidak kena di matanya. Merajuk dan dia akan pujuk.. Ya Allah kesiannya uwan.. Moga uwan redha dengan perangai buruk saya. 

Syukurnya Allah lindungi anak seperti saya, saya sedar diri saya tak pernah menyusahkan dia. Ada atau tak saya diam. Saya kesian dia. Kalau dia bagi saya ambil. Saya tak pernah meminta walaupun sebatang Aiskrim. Saya didik hati saya untuk bersyukur apa yang saya ada. Saya gembirakan hati saya dengan angan2. 

Dialah ibu saya.. dialah bapa saya.. dia segala2nya untuk saya.. sakit dan pedih hati saya ni.. saat semua orang benci saya, dia sayang saya sepenuh jiwa. Uwannn... tunggu saya kat sana.. nanti giliran saya akan sampai. 

cuma saya
Shariza anak uwan saya


Comments

Popular Posts