Cara Beli Rumah Lelong daripada pelelong

Bismillah..

Hari ini kita serius sikit.. bagi laluan untuk ilmu2an masuk dlm kepala..

Ramai yang menghukum kami pembeli rumah lelong ni mcm penjahat pulak, mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.. cepatnya menghukum orang.. tahu tak.. proses melelong rumah bukan semudah orang tarik kereta.. 3 bulan 21 hari dah kena tarik.. siap bawak tow-truck amik kete kita.. rumah lain.. bank akan bg reminder.. panggil buat untuk negotiate.. korang kalau orang berhutang 50 hinggit pun berkira ni pulak ratus ribu.. mesti lah bank berhak mintak.. rumah tu bukan rumah kita selagi hutang tak habis kita bayar..peringatan untuk diri sendiri jugak ni.. 

Untuk membeli hartanah atau rumah lelongan bank, kita boleh melihat iklan-iklan yang disiarkan di dalam surat khabar, majalah, laman web dari bank-bank tempatan, agensi hartanah atau ejen-ejen hartanah lelong. Rumah yang dilelong ini selalunya dibawah harga pasaran sehingga 30%-40% disebabkan pihak bank hanya mahukan kembali wang pinjaman.

Dinasihatkan membeli rumah yang pemiliknya adalah melayu/under bumi status kerana competitionnya agak kurang. Kita perlu membayar wang deposit sebanyak 10% dari harga rizab (Reserve Price) dalam bentuk Bank Draft yang dikeluarkan atas nama pihak bank yang melelong untuk mendaftar sebagai pembida. 


Mestilah memeriksa dan meninjau ke alamat lokasi rumah lelong tersebut sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli. Baca dan fahami kertas salinan POS (PERISYTIHARAN JUALAN) rumah yang hendak dilelong. 

Pada hari tarikh lelongan, bawa salinan IC pembida dan Bank Draft untuk diserah kepada pihak pelelong. Dinasihatkan supaya hadir dalam 1 jam atau setengah jam lebih awal sebelum acara lelong berlangsung. Apabila menggunakan perkhidmatan ejen, sertakan juga surat wakil (ejen juga boleh mewakili untuk membida sekiranya tiada masa untuk hadir semasa lelongan).

Pembida yang membuat bidaan harga paling tinggi (tiada pesaing yang membuat bidaan lagi) 
adalah pembeli yang berjaya ke atas rumah lelong tersebut. Untuk mengelakkan kerugianjanganlah membida harga yang tinggi dari harga pasaran semasa bagi hartanah tersebut atau diluar kemampuan pembeliBuat kajian dahulu untuk mengetahui harga pasaran sesuatu lokasi hartanah lelong yang ingin dibeli.

Pembeli yang berjaya perlu menandatangani surat kontrak dan hendaklah menjelaskan baki deposit dari harga yang berjaya dibida selepas lelongan. *Contoh: Reserve Price : RM 100,000/- pembida berjaya RM 120,000/- *Deposit 10%: RM 10,000 + (kenaikan RM 20,000 x 10% = RM 2,000) (Pembida yang berjaya perlu menambah jumlah RM2000 untuk mencukupkan baki deposit perlu di bayar pada hari itu juga)

Jika tidak berjaya membeli, Bank Draft akan dipulangkan dan boleh ditunaikan semula di bank yang mengeluarkannya. Pembeli yang berjaya diberikan tempoh masa selama 90/120 hari untuk membuat pinjaman perumahan. biasa 90 hari tidak mencukupi utk mendapatkan loan. bersiap sedia untuk mendapatkan extension lagi 90 hari dari lawyer.(Mahkamah tak dapek yo... bayar lah pakai cash.. kalau tak sompek..)
PENTING: Periksa tahap status kelayakan pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman perumahan terlebih dahulu sebelum membeli bagi mengelakkan wang deposit 10% akan 'hangus' diambil oleh pihak bank sekiranya gagal membuat pinjaman.


Rumah menang hari ni.. sewa boleh tahan..

Just me
Shariza.. woot..wooot..




Comments

Popular Posts