Beli Rumah Banyak2 best kan..
Bismillahirahmanirahim...
Sesungguhnya kejayaan itu tak mudah, dan ianya tidak mustahil dengan bantuan ALLAH..
Percaya atau tidak aku berdikari seawal umur 14 tahun.. dah biasa telan duka.. dah biasa luka berkali2.. teman tempat aku meminta hanya ALLAH.. hampir setiap hari aku bercerita dengan Allah apa yang aku hadapi.. walaupun aku tahu Allah lagi tahu.. berjumpa dengan kawan2 sekolah buat aku menyingkap kisah lama yg aku tinggalkan.. pedih sedih hanya Allah yang tahu.. Aku redha Ya Allah.. sebagai manusia perasaan sedih tetap ada..
Dalam keadaan serba kurang aku rasa aku juga tak jauh ketinggalan.. aku ada kehidupan sendiri dan aku rasa cukup bertuah Allah dengar rintihan hati aku.. hanya satu aku minta dahulu.. berikan aku sebuah kehidupan yang tidak menyusahkan sesiapa pun dalam dunia ini.
Aku nak jadi seorang isteri yang tidak menyusahkan suami, semua keinginan akan aku kawal sebaik mungkin.. cari sendiri kalau betul2 aku nak. isteri yg sentiasa membantu suami, tak sedikit mengeluh hidup susah sebab dah biasa hidup susah. setakat tak makan tu benda biasa je.. isteri yang mampu menerima kesilapan dan kelemahan suami.. walaupun luka sgt dlm.. tapi perjalanan hidup ni bukan untuk hidup aku sorang.. aku bukan heroin dalam cerita aku sendiri.. anak2 perlu aku dahulukan.. suami boleh bertukar ganti.. tapi bapa kepada anak2 tak akan dapat ditukar ganti..
ibu yang baik pada anak2.. walaupun garang macam singa.. sayang ibu ni terlalu.. ibu bersedia dari sekarang.. ibu nak hidup tua ibu tak meminta2 pada anak2.. nak anak cucu rasa selesa melawat ibu.. maksud ibu.. takut terdetik rasa takpuas hati dlm hati anak2 terhadap ibu.. anak ibu tanggung dosa derhaka.. Nauzubillah.. minta Allah jauhkan..
Adik dan kakak yang baik kepada adik beradik.. cuba membantu sebaik mungkin.. cuma ada kalanya kudrat dan kemampuan yang kurang.. Insya Allah kalau ada rezeki yang banyak sanggup kongsi apa yang ada selepas keperluan anak2 dan suami selesai..
Macam2 yg aku buat.. jual tudung la.. jual kolagen lah.. walaupun masa tu gaji cukup.. setakat nak beli keperluan hidup tu ada.. cuma.. prinsip tak nak susahkan orang tu buat aku pikir panjang2.. dan mula berjimat cermat.. tak yah jenama sgt lah.. baju dan tudung beratus ringgit ni.. tak ada dalam diari hidup.. kereta mewah ni buat cuak.. nak parking sebelah katil baru rasa aman kot.. paranoid gile.. biasa lah org susah memang mcm ni.. benda susah nak dapat.. tu sebab Ccris kat Bank Negara aku bersih.. takut punya pasal.. bayar ikut time.. sebab ada CIMB Cliks dan MAYBank2U.. nak kata gaji banyak tak de lah sangat.. bayar rumah aja.. 1.2k sebulan.. anak sekolah 3 orang.. tapi kelebihan mengurus kewangan company buat aku belajar banyak perkara.. dan merancang strategi sendiri.. dari benda yg kecil aku rancang.. kalau nak bawak anak berjalan.. aku pastikan diorang makan.. orang kenyang tak de lah banyak meminta.. anak2 tak berani meminta sebab aku bukan jenis suka meminta2.. tak pernah aku merengek2 kat laki aku.. nak telepon baru ke.. nak emas besar lengan ke.. nak kasut ke.. nak handbag ke.. kalau dia bagi aku amik.. baik tak.. hehe.. tapi tu satu je yang baik.. banyak yg buruk2nya.. yg buruk simpan lah.. buat apa tunjuk2..
Ini Townhouse menang dengan harga reserve (renovate pakai duit deposit org sewa.. sempoiii) |
Dari kesedaran dan sifat penakut aku ni.. aku dapat susun kewangan aku dengan lebih mudah.. masuk kelas 28hb OCT 2013.. 29hb Nov 2013 aku dapat beli rumah yg ke 4.. bulan berikutnya rumah yg 5.. bulan Jan 2014 rumah yg ke 6.. dan sedang tunggu loan lepas rumah yang ke 7 (yg ni aku tangguh2 sebab takut beli rumah under construction depan kwsp shah alam tuh..) bulan feb 2014 berusaha utk menang lelong.. Aku berangan2 nak beli landed house konunnya.. sebab aku suka cucuk tanam.. haha (banyak lah cucuk tanam.. sapu daun depan rumah pun malas)..
Rileks la dapat rumah lelong camni.. tolong jgn porak sgt eh.. nak labur rumah lelong hati kena tegar.. |
Antara rumah yang aku terlepas sebab sifat penakut aku.. mv 180.. rugi 100k... sayang nyeeeee... |
Comments