Dengar lahhhhh...

Cuti sekolah bermula.. penuh dan padat jadual.. nak bawak bertuah2 tu semua melihat dunia.. ibu dan babah diorang selalu bz... makanya cuti sekolah ni digunakan sebaik2nya...

Kalau orang tengok macam banyak je ringgit malaysia bawak bertuah semua tu bercuti.. tapi korang tengok lah mcm mana kehidupan ibu dia ni.. jual tudung la.. jual baju la.. jual bedak la.. pagi keje.. petang keje.. malam keje... sampai dekat nak subuh pun kengkadang keje.. semata2 utk bertuah 4 orang tu... tak pernah menyerah walaupun sikit.. asal dapat selesakan diorang amat membahagiakan diri ni.. penat lelah.. tak pe.. janji diorang selesa.. sikit pun tak kurang dalam hidup mereka..

Sudah2lah cerita buruk tentang kami ni.. susah senang saya.. tak pernah saya hebohkan.. susah pun saya lalu dengan bimbing Allah.. senang sendiri mahu ingat lah kan...

Saya pakai wira yg dah habis hutang walaupun mampu memakai honda.. saya berbedak safi walaupun mampu tepek sk11.. berhandbag carlo rino walaupun teringin coach.. berbaju mng je.. sedangkan hati nak sangat kemeje Ralph lauren.. RM490.00 sehelai aduh berhenti jantung sekejap.. tudung pun jahit sendiri.. huhu...

Tapi untuk anak saya sanggup segalanya... walau putus nyawa.. walau bergolok bergadai.. biar kepentingan diri ditolak ketepi.. manusia tolong lah faham.. saya hidup untuk mendidik anak2 saya jadi khalifah Allah di muka bumi.. saya mahu mereka sedia hadapi masa depan mereka yg masih luas.. semua perlukan ringgit malaysia.. saya menyedianya semuanya.. tanpa bantuan sesiapa...

Sekian terima kasih.. berbaik sangka lah..

Comments

Popular Posts