Majlis Berindoi, bercukur dan bersunat anak perempuan
Majlis berindoi |
Assalamualaikum.. Demam pilihan raya sedang menular... dan akak sendiri pening pulak dengan kata mengata, caci mencaci, aib mengaibkan... hadoiiii.. cukup-cukuplah.. fokus boleh tak... bagi khidmat paling baik... jadi pemimpin bukan benda mudah.. dan bukan di sini sahaja.. soal dan tanggung jawab di bawa hingga ke akhirat nanti.. jangan sibuk memberi janji.. dan akhirnya mungkir.. itu munafik namanya.. dah la citer politik ni peninggggg.....
2 bulan lepas si Chinta dah akak Aqiqahkan.. sunatkan dan cukur botak.. macam sholin dah budak kenit tu..
Kambing Aqiqah Chinta Zahra Sofea |
Lepas tanggung jawab akak pada anak kecil akak ni..
Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :
Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.
1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya. (rasa nak padam part yang nieee... sedih hati bila baca...)
5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Baby tak pernah masuk buai.. mcm takut aje dia |
Kakak intan dan abang zahin... mana kak yayang |
Haaaa... ni dia.. sibuk betul dengan rambut Rapunzel dia tu (iye ke ejaan dia camni huhu) |
Comments